Sejarah Sekolah SMK Mohd Khalid
SMK Mohd Khalid merupakan sebuah sekolah kawalan di Daerah Johor Bahru. Bangunan sekolah ini pada asalnya adalah Maktab Perguruan Mohd Khalid dan telah dibangunkan kembali menjadi sebuah sekolah premier bermula pada tahun 2006 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor khusus bagi membuka peluang kepada anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan untuk bersaing dengan rakan-rakan yang memiliki pencapaian setara dengan mereka.
Pada 3 Januari 2006, SMKMK telah menempa sejarah apabila satu Majlis Penyerahan Plak Pengoperasian Sekolah telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan JPNJ, Tn. Hj. Zakaria bin A. Shukor. Dengan penyerahan plak ini, maka bermulalah sesi persekolahan sekolah ini bagi Tahun 2006 dengan rasminya. Buat sementara waktu, SMKMK beroperasi di SMK Tasek Utara dan mula berpindah ke premis baru mulai 3 Julai 2006.Tenaga penggerak perintis SMK Mohd Khalid diterajui oleh Pengetua, Hj. Suleiman bin A. Rahman bersama 3 orang Guru Penolong Kanan serta 13 orang guru penolong dan dibantu oleh 5 orang staf sokongan.
Penubuhan sekolah ini telah mendapat sokongan padu daripada Persatuan Ibubapa dan Guru yang sentiasa memberikan sumbangan dalam bentuk idea dan kewangan sekaligus turut sama memacu ke arah kecemerlangan dan kegemilangan sekolah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)